Categories
Aktifkan Simkad

Aktifkan Simkad Halo Telco

Dalam tutorial kali ini, admin akan tunjukkan kepada anda cara untuk aktifkan simkad prepaid Halo Telco yang telah anda beli sebelum ini. Untuk lakukan step ini, pastikan simkad Halo Telco ada pada anda. Sekiranya anda belum mempunyai simkad, sila beli terlebih dulu. Untuk beli simkad Halo Telco, anda boleh rujuk tutorial sebelum ini. KLIK DI SINICara Aktifkan Simkad Halo Telco Plan

Panduan Aktifkan Simkad Prepaid Halo Telco

  1. Download applikasi Halo Go melalui Cara Aktifkan Simkad Halo Telco atau Cara Aktifkan Simkad Halo Telco
  2. Selepas download, buka App Halo Go dan Klik Self Registration.
  3. Seterusnya, akan keluar soalan ‘Do you Own a TuneTalk SIM Card?
  4. Pilih button Yes.
  5. Sekiranya anda ingin kekalkan nombor lama (Port in), sila pilih Yes ATAU sekiranya anda ingin guna nombor baru, sila pilih button No.
  6. Seterusnya, sila verify/sahkan identiti anda. Klik Verify Me dan pilih myCard.
  7. Scan IC anda. Selepas berjaya scan IC, sila lakukan Face Recognition.
  8. Klik I am Ready, dan lakukan pengecaman muka anda.
  9. Langkah berikutnya, sila masukkan nombor pin 8 digit simkad Halo Telco.
  10. Seterusnya, sila create ID Halo Go anda. Pastikan anda simpan maklumat login anda di tempat yang selamat.
  11. Kemudian, pilih nombor pilihan anda. Tahniah, pendaftaran simkad anda dah berjaya.

Panduan Video Aktifkan Simkad Prepaid Halo Telco

Untuk memudahkan pemahaman anda, sila tonton video di bawah cara aktifkan simkad Halo Telco. Jom tengok video berdurasi hanya 3 minit sahaja.

Cara Aktifkan Simkad Halo Telco

Nota:

Sekiranya anda pilih untuk kekalkan nombor lama, anda perlu pilih salah satu nombor baru Halo Telco. Nombor ini akan digunakan buat sementara sahaja. Apabila proses port in berjaya, sacara automatik, nombor sementara itu akan bertukar kepada nombor lama anda.

Sebaik sahaj pengaktifan simkad anda berjaya, anda boleh langgan mana-mana plan yang bersesuaian dengan penggunaan anda. Nak tengok plan prepaid Halo Telco? KLIK DI SINICara Aktifkan Simkad Halo Telco Plan

Syarat Kekalkan Nombor Lama

Untuk port in atau kekalkan nombor lama anda ke Halo Telco, pastikan kesemua syarat di bawah dipatuhi

Pelanggan Pasca Bayar (POSTPAID)

  1. Pastikan pelanggan ialah pemilik akaun.
  2. Langganan dalam berkeadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
  3. Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP. Cadangan : bayar bil terkini lebihkan sikit bayaran RM3 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses MNP ambil masa 1-5 hari waktu bekerja.
  4. Bebas kontrak – Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa. Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dgn penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP.
  5. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar

Pelanggan prabayar (PREPAID)

  1. Pastikan pelanggan ialah pemilik nombor tersebut.
  2. Sila pastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  3. Langganan semasa masih dalam keadaan aktif. Boleh buat panggilan keluar dan terima panggilan masuk.

Sekian. Semoga tutorial cara aktifkan simkad Halo Telco ini berjaya memudahkan anda.

Like kami di FB

Follow by Email
Instagram