Pengumuman kepada semua rakan niaga Halo Telco yang dihargai. Bermula pada Januari 2022, syarikat telah menetapkan KPI kepada semua rakan niaga HaloTelco. Indeks Prestasi Utama atau KPI ini adalah sebagai syarat terbaru kelayakan penerimaan insentif setiap bulan.
SYARAT KEKAL AKTIF PARTNER
SENARIO:
1. KPI ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.
2. Penglibatan merujuk kepada SEMUA rakan niaga.
3. Kegagalan mencapai KPI yang ditetapkan akan dikenakan tindakan seperti berikut:
✓ Akaun rakan niaga anda akan dibekukan.
✓ Komisen akan dihentikan. ( Tiada lagi komisen akan diberikan selepas 21 Januari tahun berikutnya)
✓ Pengaktifan semula akaun rakan niaga boleh dipohon melalui Pusat Khidmat Pelanggan Halo Telco.
✓ Pemberhentian insentif akan diteruskan selama 60 hari( bersamaan 2x pembayaran insentif ) selepas permohonan pengaktifan akaun rakan niaga diluluskan. 60 hari ( Incentive freeze ) ini dikira sebagai penalti kepada pihak rakan niaga.
*CATATAN:
Pihak HQ berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk meminda, mengubah atau membuang mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
KADAR K.P.I SUKU TAHUNAN
KELEBIHAN PENGENALAN KPI SUKU TAHUNAN
✓ Penjualan yang konsisten
✓ Berkomitmen
✓ Menjana pendapatan pasif yang lebih
✓ Meningkatkan daya saing antara rakan niaga
✓ Mencapai objektif syarikat dan meneruskan kelangsungan syarikat dan rakan niaga
*CATATAN:
Pihak HQ berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk meminda, mengubah atau membuang mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Like kami di FB untuk dapatkan info dan promosi terkini dari Halo Telco.
KPI RAKAN NIAGA HALOTELCO