Nombor TuneTalk Halo Telco Terminate?
Nombor handphone Tunetalk atau Halo Telco anda kena terminate atau mati? Jangan bimbang kerana jika nasib anda baik, nombor telefon anda mungkin dapat diselamatkan lagi. Dalam artikel ini, kami akan bantu semua pengguna simkad Halo Telco untuk hidupkan semula nombor Tunetalk yang dah terminate. Baca panduan di bawah yer.
Punca Mengapa Nombor Anda Terminate?
Sebab utama nombor Tune Talk atau Halo Telco anda kena terminate adalah kerana pengguna tidak membuat sebarang tambah nilai atau topup dalam jangka masa yang panjang untuk aktifkan perkhidmatan talian tersebut. Biasanya pengguna tidak topup dalam tempoh 45 hari.
Setiap pengguna mana-mana Telco sebenarnya tertakluk kepada Grace Period yang telah ditetapkan oleh Telco masing-masing.
Bagaimana Nak Hidupkan Semula Nombor Tunetalk?
Untuk dapatkan semula nombor Tune Talk Halo Telco yang mati, anda boleh follow setiap step yang diberikan di bawah.
LANGKAH 1:
Sila buat semakan bila tarikh terakhir nombor handphone anda expired atau terminate. Anda boleh rujuk SMS terakhir yang diterima dari Tunetalk. Sekiranya nombor handphone anda dah expired melebihi 21 hari, nombor lama anda tidak boleh diselamatkan lagi. Tetapi, sekiranya belum cukup 21 hari, anda boleh teruskan ke LANGKAH 2 di bawah.
LANGKAH 2:
Anda boleh SEGERA hubungi pihak kami melalui link whats app di bawah untuk bantuan dapatkan semula nombor lama anda.
LANGKAH 3:
Pihak kami akan proses permohonan anda untuk aktifkan semula nombor lama anda.
Biasanya proses ini akan mengambil masa selama 24 jam. Anda boleh buat semakan dengan cara dail *133# untuk semak sama ada nombor baru sementara telah bertukar kepada nombor anda yang asal.
Anda juga boleh whats app pihak kami untuk bantuan berkenaan dengan nombor Tune Talk atau Halo Telco anda yang dah terminate. Klik link whats app di bawah untuk bantuan.
Like dan lawati kami di Facebook untuk dapatkan info dan promosi terkini dari Halo Telco